Saturday, 23 April 2011

Kelayakkan untuk pinjam


Ramai dari kita akan bertanya, Layakkah saya untuk meminjam?

Layak atau tidak bergantung kepada:-
Kepada siapa kita meminjam?
Apa yang kita ingin pinjam?

Kalau kita pinjam dari keluarga sendiri dan rakan taulan, hubungan menjadi kayu ukur sama ada kita dapat atau tidak.

Kalau kita pinjam dari Bank, beberapa pra-syarat perlu kita patuhi. Saya mungkin tidak dapat sampaikan kesemuanya dalam artikal ini, tetapi saya akan maklumkan dari masa ke sama dalam artikal saya yang akan datang.
Antara pra syarat perlu ada sebelum meminjam; antaranya:-
  • Tidak muflis
Seseorang yang telah diistiharkan muflis telah hilang kelayakan yang sebagai warganegara yang sempurna. Sempurna dari segi hak memiliki harta benda, dan bebas keluar negara. Anda boleh link ke bicara legal untuk lebih lanjut.

Bagi memelihara kepentingan semua pihak, seseorang yang telah diistiharkan muflis tidak boleh memohon pinjaman.

  • Waras atau tidak gila
Bakal peminjam perlu sihat dari segi mental yang mampu membuat keputusan dan dapat kenal pasti yang baik dan yang buruk. Sebelum bakal peminjam menanda tangani surat tawaran/penjanjian perlulah dibaca segala terma dan syarat yang terkandung dalam perjanjian. Setelah memahami sebarang risiko dan kesan yang tersirat dan tersurat yang terkandung dalam perjanjian bakal peminjam akan menurunkan tanda tangan surat tawaran/penjanjian tersebut.
Oleh itu, seorang yang tidak waras atau gila sememangnya tidak dapat untuk membuat keputusan dan tidak layak untuk meminjam

  • Minimum umur 18 tahun kecuali pinjaman kad kredit disyaratkan minimum umur 21 tahun.

Secara umumnya, 3 pra syarat utama. Syarat-syarat lain kebiasaannya menurut jenis pinjaman yang diminta.

Wednesday, 20 April 2011

Kenapa perlu pinjam?

Bunyi macam pelik, tapi kita tidak pernah berfikir. Kenapa perlu pinjam? Sengkekkah kita? Kalau tak ada duit, memang ada sebab untuk pinjam.

Pinjaman merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak Bank kepada pelanggan mereka dan pelanggan baru mereka bagi tujuan-tujuan tertentu. Setiap pinjaman perlu dikenalpasti tujuan apa pinjaman dimohon.

Antara tujuan-tujuan pinjaman yang biasa kita dengar adalah seperti:-
  • membeli rumah kediaman / permis perniagaan untuk kegunaan sendiri / pelaburan semata-mata.
  • membeli kenderaan 
  • membeli mesin / alatan pejabat
  • membeli tanah
  • mendapatkan modal pusingan
  • membeli saham/unit amanah
  • pendidikan
  • kegunaan peribadi
  • dan macam-macam lagi.
Setiap pinjaman dibentuk pelbagai cara antaranya
  • pinjaman berjangka (tempoh/ansuran ditentukan)
  • pinjaman overdraft
  • pinjaman berjangka + overdraft
Petua pertama sebelum kita memohon pinjaman; kenal pasti dulu tujuan apa nak pinjaman? Pinjaman tanpa tujuan mengundang implikasi yang besar. Mungkin tak nampak sekarang tapi kesannya akan kita rasai pada masa depan.