Monday, 9 May 2011

Tiada rekod pinjaman bukan jaminan pinjaman baru anda akan lulus.


Jangan terkejut sekiranya anda diberi tahu oleh pihak bank bahawa pinjaman anda gagal sedangkan anda tidak pernah ada pinjaman sebelum ini. Umur masih muda, dalam lingkungan 26-32 tahun dengan gaji yang agak selesa sekitar RM3000 sebulan kadangkala boleh mencecah RM5000 sebulan. Tapi ada sesetengah pihak bank masih melihat ia belum mencukupi.

Kenapa boleh jadi begitu?

Lulus atau gagal adalah hak mutlak pihak Bank. Tiada satu pun undang-undang mahupun dalam akta yang sedia pakai (BAFIA) menghukum pihak bank yang menggagalkan sesuatu pinjaman.
Punca utama pihak Bank rasa sangsi untuk meluluskan pinjaman adalah disebabkan tiada rekod pinjaman sedia ada. Bukankah tiada rekod pinjaman, bermakna peminjam tiada tanggungan?
Tidak dinafikan bahawa tiada rekod pinjaman, bermakna peminjam tiada bebanan hutang tetapi apakah bukti bakal peminjam, seorang yang pembayar yang baik (good paymaster) dan membayar tepat pada masanya

Melainkan peminjam mendapatkan seorang penjamin.

Ada lagi punca-punca lain menyebabkan pinjaman itu gagal sebagai contoh:-
a- tiada sikap tabungan pada diri peminjam
b- margin yang dipohon terlalu tinggi (90% -100% pinjaman)
c- majikan (tempat peminjam bekerja) yang kurang stabil dan kurang berdaya saing dari segi kewangan dan dunia perniagaan.
d- jenis pekerjaan yang berisiko tinggi di kaca mata pihak bank.
e- peminjam bukan lulusan graduan dan bukan dari bidang professional.
f- dan lain-lain lagi yang saya akan kupas di artikel akan dating.

Jangan salahkan pihak bank jika pinjaman anda gagal atas satu sebab diatas.

Moralnya, jangan salah tafsir bahawa yang tiada pinjaman, mudah dapat pinjaman.

No comments: