Kad Debit mula diperkenalkan awal tahun 2008 dimana kad ini boleh digunakan dimana-mana merchant yang menerima perkhidmatan Kad Kredit.
Ia bukan kad hutang seperti namanya Debit, bukannya Kredit. Setiap kali kad debit digunakan pastikan, nilai dalam kad memcukupi untuk membuat transaksi. Sekiranya tidak, anda pasti berputih mata untuk mendapatkan barangan yang dihajati.
Berbeza dengan ATM kad, pergunaanya terhad di mesin ATM sahaja. Sejarah penggunaan ATM kad diperkenalkan di Malaysia pada awal 1990 sebagai alternatif kepada buku Bank. Ramai masyarakat ketika itu rasa sangsi dengan keberkesanan ATM kad dalam urusan perbankan. Untuk meningkatkan kesedaran penggunaan ATM kad dikalangan masyarakat, pelbagai promosi dan asas kemudahan dipertingkatkan oleh pihak Bank.
Saya masih ingat lagi ketika tahun 1996 ATM kad “Maybank” boleh digunakan sebagai kad debit dibeberapa pasaraya yang terkenal. Kemudahan ketika itu dipanggil E-POS (electronic point of sales). Setiap kali anda menggunakan ATM kad di kaunter pembayaran, anda akan diberi terminal/mesin untuk menekan kata laluan. Agak sempoi tapi masih ada kekangan dimana tidak semua tempat boleh digunakan sistem ini dan terhad sesetengah bank yang terlibat.
Kemudian kad bank ditingkatkan lagi dengan kad Debit. Sama seperti penggunaan E-POS, tetapi diperluaskan jaringan di kesemua kaunter pembayaran. Terdapat 2 jenis kad debit iaitu
a- kad debit dan atm dalam satu kad
b- kad prabayar / prepaid, dimana kad tersebut perlu tambah nilai sebelum digunakan
Kedua-dua jenis kad mempunyai terma dan syarat, serta kos ditanggung oleh pengguna yang berbeza-beza.
Natijahnya, mana-mana kad debit adalah baik untuk semua dan anda bebas dari hutang piutang yang melampau.
No comments:
Post a Comment