Wednesday, 15 June 2011

Malaysia Punyai Hutang Isi Rumah Tertinggi Di Asia

Malaysia Punyai Hutang Isi Rumah Tertinggi Di Asia

October 20th, 2010 at 9:52 am | Nasional | 77 responses
Malaysia di laporkan mempunyai hutang isi rumah tertinggi di asia, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan disiarkan dalam beberapa akhbar utama hari ini. Institut tersebut juga menyatakan kebimbangan dengan peningkatan kadar paras hutang isi rumah daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun 2009 berbanding 63.9 peratus pada tahun 2008.
Peratusan tersebut dipetik dari laporan tahunan 2009 Bank Negara Malaysia. Apa yang dapat difahamkan mengenai angka statistik tersebut adalah pinjaman untuk membiayai keperluan isi rumah lebih meningkat berbanding pinjaman untuk membiayai perniagaan.
Pinjaman perniagaan secara asasnya akan menyumbang kepada penjanaan dan peningkatan KDNK namun pinjaman untuk keperluan isi rumah tidak meningkatkan kadar tersebut.
Dalam satu artikel yang berkaitan pula Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Anwar Ahmad Tajudin berkata rakyat Malaysia masih mempunyai kapasiti untuk melunaskan hutang mereka meskipun kadar hutang semakin meningkat.
Tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang isi rumah adalah pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi, terdorong dengan gaya hidup mewah dan kelemahan pengurusan kredit, menurut Prof. Amir Baharuddin, pensyarah ekonomi di Pusat Pengajian Sains Kemasarakatan, USM.
Secara asasnya memang tidak dinafikan kenaikan kos sara hidup masa kini akan memberikan kesan kepada perbelanjaan harian seluruh isi rumah. Konsep perbelanjaan berhemah kena di hemahkan lagi nampaknya.
Sepintas lalu memang zaman sekarang ni juga mudah sangat nak berhutang, macam-macam pihak sedia menawarkan kemudahan untuk berhutang. Semuanya boleh hutang dulu bayar kemudian hatta nak isi minyak di petrol pump pun. Janji boleh tenyeh atau swipe. Tu belum kira pelbagai tawaran menarik untuk pinjaman peribadi lagi tu. Memang mudah betul lah.
Pepatah Biar Papa Asal Bergaya pun masih boleh diguna lagi zaman sekarang ni ya, gaya hidup mesti di lihat seolah-olah mewah (bagi yang middle class income lah, bagi yang dah kaya raya tu kira out of topic). Dari perabut rumah hinggalah ke perhiasan diri mahupun alat komunikasi serta gadgets, semua perlu up to date dan ikut peredaran masa. Pulak tu sekarang ni semuanya boleh hutang dulu, bayar kemudian. Pendek kata zaman sekarang ni semua boleh I Owe You dulu lah.
Dalam banyak-banyak kategori tertinggi yang ada, hutang isi rumah tertinggi pulak yang berjaya di capai oleh orang kita ya.  Teringat pulak kepada satu berita sebelum ni yang melaporkan ada jugak kes hutang dulu wang hantaran  kahwin yang beribu-ribu tu. Tapi tak tahu la pulak sama ada hutang wang hantara tu termasuk dalam kategori hutang isi rumah atau hutang orang rumah.

p/s: teringat pulak nak gi bayar hutang denda buku perpustakaan, 80 sen pun kira hutang jugak tu. :) 


petikan : myjazmanie.com

No comments: